Thursday 28 June 2012

Kelebihan ayat Kursi


Bismillahirahmanirrahim..Assalamualaikum kawan2 semua... Mcm baik sngt jek hari ni kan...hihhi. Yela..bergantung jugak pada tajuk.. Tp rase nye ramai yang da tau pasal kelebihan ayat Kursi ni. Saja jek nak share ape yang aku tau.. Pagi2 da google pasal kelebihan ayat Kursi ni..


Kat atas tu adalah ayat Kursi yang sngt2 penuh dengan kelebihan. Tak salah kalau amal kan dan tak ambil masa lama pon untuk kita abes kan ayat tu.. So kat cni aku nak share antara kelebihan nya..

  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
  • Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Tu antara kelebihannya..sebenarnya banyak lagi. Kalau korg rajin, Google la sndiri... Insya Allah perkara yang baik tak salah di kongsi..



Dan mmg selepas solat aku amal kan surah ni..Alhamdulillah Allah Maha Mendengar.. Minta la apa yang korang hajati..InsyaAllah, DIA yang berkuasa atas segala nya..Amin..  Sekian..





  


2 comments:

  1. Wahh baguslah awk..... Awak nak tahu tak, tadi bile baca kan...terbayang awk datang kerja pakai jubah bagai.... siap nampak mata je tuh..hehe comel comel dan sangat comel... (^_^)V

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...ade baik nye jika awk mendoakn saya juga ye... Moga Allah swt merahmati awk..aminnn~~hehhehe

      Delete